Onew
Please Leave Your Blog Adress So I Can Follow Yours Back !

Search This Blog

Friday, April 9, 2010

Secebis Mutiara Kata..

Jangan biarkan ibu bapa kitamenangis kerana perkara buruk yang kita lakukan, tetapi biarlah mereka menagis kerana perkara baik yang kita lakukan..

Kerjaya merupakan sebuah laluan, jika kita pandai memilih kerjaya, bermakna kita berada di laluan yang betul..

Belajar dari kesilapan kelmarin, lakukan yang terbaik hari ini, untuk kesempurnaan esok hari..

Tiada yang mustahil di dunia ini, kecuali orang yang pemalas..

Sabar dan usaha adalah jalan keluar bagi orang yang tidak bisa menemukan jalan keluar..

Angan-angan bisa jadi kenyataan jika kesungguhan dan usaha jadi pegangan..

Kesaksamaan akan terlaksana sekiranya orang memberi, kita memberi, orang merasa, kita merasa..

Kekuatan seseorang itu, bukan terletak pada tubuh badannya, tetapi pada semangat yang tidak pernah mengalah..

Ciptaan tuhan yang paling indah dan berseni adalah seorang wanita..

Bukan senang hendak menjadi senang, bukan susah hendak menjadi susah..

Orang yang sering merasakan dirinya sempurna, adalah orang yang sering melakukan kesilapan..

Jika kita rasa apa yang kita lakukan sangat berfaedah dan berguna, terus melangkah melaksanakannya. Jika sebaliknya, tepuk dada, tanya selera..

0 comments: